Assalamualaikum w.b.t.
Adik2 yang dikasihi sekalian ,
-( )-
Dalam kehidupan kita, kita tak terlepas dari mintak tolong dari orang lain. Itu diantara keunikan ciptaan Allah supaya setiap manusia berinteraksi antara satu sama lain. Contohnya, kalu kita seorang pelajar, kita memerlukan makanan, minuman, keperluan asas, keperluan hiburan, sukan dan sebagainya. Mampukah kita buat sendiri semua keperluan kita tu? jawabnya kita kena mendapatkan pertolongan orang lain.
-( )-
Secara fitrahnya manusia sayang apa yang dia miliki. Kerana untuk dia memiliki sesuatu benda itu, perlukan usaha dan pengorbanan. Sebab itu Allah mengharamkan kita mengambil harta orang lain dengan cara merampas, mencuri, merompak dan lain2 cara yang tak betul.
-( )-
Dalam Islam Allah mengajar kaedah bagaimana kita nak memiliki sesuatu atau memindah milik sesuatu barang daripada seseorang kepada orang lain. Al-Quran menggariskan kaedah2nya iaitu; Perniagaan, Sedekah@ Zakat, Wasiat, Pusaka, dan lain-lain. manakala cara yang zalim seperti riba, merompak, memeras ugut dan sebagainya diharamkan oleh Allah.
-( )-
Dalam banyak2 cara yang baik dalam urusan harta, sedekah merupakan sustu cara yang terbaik dalam menyuburkan dan membersihkan harta kita. Selain daripada dapat membantu orang yang memerlukan, bersedekah adalah ubat yang paling mujarab untuk mengatasi virus bakhil.
-( )-
Dalam usrah kita (MUSLIMIN UNITED), kita telah bersetuju untuk mengumpulkan dana usrah daripada yuran bulanan iaitu RM2 setiap kali usrah. Kita telah sama2 bersetuju bahawa RM2 itu tidaklah membebankan. Tujuan kita mengumpulkan dana ini adalah:
1. Sebagai Tarbiyyah Iqtisodiyah (didikan mengurus ekonomi)
2. Membudayakan sikap suka bersedekah
3. Sebagai dana kebajikan ahli usrah.
-( )-
Oleh itu, Abe menyeru diri abe sendiri dan adik2 untuk menunaikan tanggung jawab kita bersama demi usrah kita yang tercinta.
Abe Zul..