Tuesday, January 22, 2008

Tugas para pendakwah:
1. Berusaha menjadikan manusia sebagai tentera – tentera Allah.
2. Berusaha untuk mempertingkatkan tentera biasa kepada peringkat naqib.
3. Berusaha bersungguh- sungguh untuk mempertingkatkannya bagi mencapai ciri- ciri khusus tokoh syura.
4. Berusaha bersungguh- sungguh untuk menyempurnakan kepimpinannya.



Kaifiat melaksanakan dakwah:
1. Memahami dengan jelas jenis- jenis penyelewengan
2. Mengetahui orang- orang yang terlibat dengan penyelewengan serta sumber- sumbernya
3. Membuat program yang menyeluruh dan sesuai dengan masalah- masalah ini
4. Memastikan gerak kerja berterusan untuk mencapai matlamat: menyampaikan Islam secara sempurna kepada semua orang.

Tuesday, January 15, 2008

Tujuan Dakwah

1. Mengubah pandangan hidup. Di dalam surah Al Anfal ada menyebutkan tentang tujuan dakwah adalah menyedarkan manusia tentang kehidupan yang sebenarnya. Hidup bukanlah makan, minum dan tidur sahaja.
2. Mengeluarkan manusia dari gelap gelita kepada cahaya. Ini diterangkan oleh Allah swt dalam Surah Ibrahim dalam ayat ke-1.
3. Mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar. Banyak ayat-ayat Qur’an yang boleh digali menerangkan tentang program amar ma’ruf dan nahi mungkar ini.

Sunday, January 13, 2008

Tajuk 1: Dakwah Islamiyyah

PENGERTIAN DAKWAH
Lughah: berasal dari Bahasa Arab, yang bermaksud seruan, panggilan, undangan.
Istilah: kata dakwah beerti menyeru atau mengajak manusia untuk melakukan kebaikan dan menuruti petunjuk, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang perbuatan mungkar yang dilarang oleh Allah swt dan Rasulnya saw.

Syeikh Ali Mahfuz – murid Syeikh Muhammad Abduh memberi batasan dakwah sebagai:-
“membangkitkan kesedaran manusia di atas kebaikan dan bimbingan, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar, supaya mereka beroleh keberuntungan kebahagiaan di dunia dan akhirat”

HUKUM BERDAKWAH
Hukum berdakwah adalah wajib dan kewajipan ini tertaklif pada setiap muslim dan muslimat di setiap masa. Terutamanya di zaman ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah swt yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam.

Tajuk- tajuk silibus usrah tingkatan 4

  • Dakwah Islamiyyah
  • Amar maaruf nahi mungkar
  • Kembali kepada madrasah Rasulullah
  • Konsep kepimpinan dalam Islam
  • Akhlaq qiadi dan jundi
  • Dakwah fardiyah
  • Tuntutan berorganisasi dalam Islam
  • Wajib beramal untuk Islam
  • Manhaj perjuangan Islam
  • Konsep amal jama’i.

Saturday, January 12, 2008

Ahli Usrah kita....

Naqib:
Abang Zulkifli
Abang Azim

Ahli:
Aiman Fahmi
Atiq
Abas
Ashraf
Azim Nashir
Azrin Adni
Faiz Izudin
Fitree
Afif
Fahmi
hazwan Zaim
'Fif
Karimi
Najib